Selasa, 6 Julai 2010

Sentral: Helah along
Oleh Nor Hatina Shuib
bhnews@bharian.com.my
2010/06/29

sebelum  -  selepas
<strong>POKOK menjadi sasaran along menampal iklan sehingga 
mencacatkan pemandangan.</strong> <strong>HELAH along guna kaedah pinjaman 
Islamaik.</strong>
Pemberi pinjaman wang haram guna taktik kaedah Islamik kelirukan orang ramai

SUNGAI BULOH: 'Pinjaman Islamik', demikian tulisan iklan haram yang ditampal di pokok di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, antara taktik terbaru along untuk memikat peminjam.
Modus operandi baru itu cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa proses pinjaman dan cara bayaran balik kononnya dilakukan secara sah di sisi agama Islam.
Antara syarat ditetapkan ialah pinjaman terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, manakala pinjaman diproses melalui bank dengan kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.

Lebih menarik, mereka yang disenaraihitamkan oleh institusi kewangan layak membuat pinjaman.

Tinjauan Sentral mendapati iklan haram itu dilekatkan pada deretan pokok besar dengan menggunakan kad manila berwarna kuning yang dibalut plastik serta tertera nombor telefon bimbit pengiklan.

Percubaan Sentral untuk menghubungi pemilik nombor telefon gagal apabila seorang lelaki yang menjawab panggilan terus meletakkan gagang sebaik memulakan perbualan.
Penduduk, Ahmad Razali Ismail, kesal kerana Bandar Sungai Buloh tidak terlepas daripada mangsa pemasangan iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan.

Katanya, tindakan melampau pengiklan yang mahu mengejar keuntungan itu perlu dihentikan kerana ia bukan saja menyusahkan orang awam malah menjatuhkan imej bandar ini.

“Ada antara iklan ini sudah luntur dakwatnya dan terkoyak, selain menutup pemandangan telefon awam di situ,” katanya.

Ahmad Razali berkata, kegiatan memasang iklan haram itu semakin berleluasa kerana lebih banyak iklan ditampal setiap kali ia ditanggalkan pihak berkuasa.

“Jika ditanggalkan pada sebelah petang, keesokan paginya, kita boleh lebih banyak iklan ditampal di tempat sama,” katanya.

Pelajar sebuah kolej swasta, Zaharah Nordin Zakaria, 24, berpendapat bahagian penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu meningkatkan pemantauan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, kegiatan itu perlu disekat kerana ia akan menyebabkan masyarakat hidup menderita jika gagal membayar balik pinjaman berikutan kadar faedahnya yang terlalu tinggi.

Bagaimanapun, beliau sedar adalah sukar bagi pengiklan terbabit menghentikan perbuatan mereka tetapi tindakan undang-undang yang tegas mungkin boleh memberikan keinsafan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan